Wednesday 27 July 2011

~ MUHASABAH RAMADHAN ~


tiba-tiba...
Ahlan wa sahlan Ramadhan!!
bergema ucapan alu-aluan daripada
Muslim yang rindukan pesta bulan ibadah ini.
kesabaran yang ditunggu selama ini yang kini
menjelma depan mata disambut dengan lafaz syukur
serentak dengan sujud syukur.
Alhamdulillah ya Allah!!
Engkau ketemukan lagi aku dengan Ramadhan,
yang padanya didamba kekasih-MU.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
"Jika bulan Ramadha tiba, pintu-pintu syurga dibuka,
sedangkan pintu-pintu neraka ditutup,
dan syaitan pun dibelenggu."
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mungkin berkat syaitan yang dirantai,
maka ramailah manusia berwajah iman. topeng syaitan ditinggalkan seketika.
Apabila mereka berwajahkan iman sepanjang Ramadhan,
maka apa yang terjadi adalah ibadah mengejut!!
Tiba-tiba IBADAH DIGANDAKAN.
tiba-tiba BANGUN QIAMULLAIL.
tiba-tiba tahap kesabaran MENINGKAT.
tiba-tiba segala yang LAGHA itu semua diTINGGALkan.
dan macam-macam lagi.

hm..okey, tak mengapa seandainya ibadah pada bulan Ramadhan
dilakukan secara mengejut. tak mengapa jika malaikat Raqib sibuk sikit.
malaikat Atid pula tak sibuk nak tulis dan rekod amalan buruk seseorang.
Alhamdulillah jika itu yang berlaku sepanjang Ramadhan.

tapi.....jangan ulangi kejutan berupa 'tiba-tiba' itu
seawal hari pertama graduate dari madrasah Ramadhan.
tiba-tiba makan BANYAK.
tiba-tiba mendedahkan AURAT.
tiba-tiba terLUPA mana al-Quran
tiba-tiba tinggalkan amalan solat-solat sunat
sepanjang Ramadhan yang dibuat seperti wajib tu..
tiba-tiba buat balik semua agenda LAGHA.

apa semua ni?? ini perbuatan balas dendam ke?
balas dendam pada siapa pulak ni??

tak mengapa jika mengerjakan ibadah seolah-olah esok dah tiada.
tapi..adalah sesuatu yang tak patut jika
"tiba-tiba" itu berTANDUK sebaik takbir Syawal bergema.
ayuh koreksi diri!!
apa niat utama kita puasa sebulan??
adakah sekadar puasa dan fokus ibadah selama sebulan??
apakah ibadah sepanjang bulan Ramadhan dapat menebus
semua kealpaan kita daripada mengingati Allah selama 11 bulan berbaki??

ayuh sahabat-sahabat!! muhasabah diri kita semuala..
sebelum Ramadhan menjelma, ayuh persiapkan diri kita,
mari mencapai mardhatillah!!

*peringatan untuk semua dan terutamanya diri sendiri*

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..^_^

Saturday 25 June 2011

RENUNGKAN SEKEJAP ^_^

Assalamualaikum shbt2 semua..harini just nk masukkn entry yg pendek n insyaAllah brhikmah!!
jom sme2 kt renungkan walau skejap cme..



"Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu,sbaliknye berusahalah,krn perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insan." ^_^

Tuesday 21 June 2011

~APABILA TERPAKSA MEMILIH ANTARA DUA~


Pusing kiri tidak kena, pusing kanan pun tidak kena. Malam sudah hampir berlabuh, pagi sudah hampir memperlihatkan dirinya, namun kedinginan malam ini tidak sedikit pun mampu mendodoikan aku.

Sudah puas ku cuba untuk melelapkan mata ini walaupun sekejap cuma, namun diriku masih tidak mampu mengalihkan perhatian mindaku ini yang masih ligat memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk permasalahanku.

Kualunkan zikir-zikir hingga membasahi bibirku namun masih belum juga mampu untuk melenakanku. Ternyata begitu seksanya apabila nikmat Allah S.W.T itu telah ditarik. Aku menangis. Ya Allah, betapa sukarnya untuk membuat pilihan . Apa juga keputusan yang ku buat, pasti ada hati yang bakal terluka, walau hakikatnya aku lah yang pertama akan merasai luka itu.
'Aku buntu Ya Allah,"

Kubangkit dari tempatku berbaring lalu mencapai buku kecil yang pernah kubeli suatu ketika dahulu, namun tidak pernah kuteliti isi kandungannya. Ia bertajuk 'MISTERI SOLAT SUNAT ISTIKHARAH'. Setelah berwuduk, aku menunaikan solat sunat istikharah itu, buat pertama kali dalam jiwaku terasa gementar saat bibir melafazkan niat, menyatakan tujuan bertemu Allah di saat manusia lain sedang enak diselimuti gebar. Cemburunya aku! Air mata tidak tertanggung dek kelopak, lalu meluncur laju membasahi telekung. Betapa kerdilnya terasa, sehingga mahu membuat pilihan pun harus meminta bantuan Allah S.W.T.

Kurasakan itulah solatku yang paling khusyuk, yang pernah aku lakukan. Tidak pernah aku merasakan diri aku sedekat ini dengan Penciptaku. Air mata semakin laju saat aku kulantunkan doa solat istikharah. Ya Allah, aku mohon pilihan kepadaMu dengan ilmuMu, aku mohon petunjuk dengan kudratMu, dan aku mohon kurniaMu yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan aku tidak berdaya, Engkau Yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Aku berteleku di sejadah.

"Sesiapa yang terluka Ya Allah, Engkau ubatilah luka mereka. Aku tidak mampu, lalu aku berserah kepada-Mu Ya Allah,"

Aku lena dalam air mata. Nikmatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Esoknya, aku dipertemukan dengan hamba Allah yang mampu menolongku membuat pilihan. Melalui perbincangan dengannya, aku semakin jelas dengan keputusan yang bakal aku lakukan. Syukur Ya Allah kerana bebananku semakin berkurangan.

Hidup ini dibentangkan dengan pelbagai pilihan. Mahu atau tidak, kita terpaksa memilih antara dua atau lebih jalan yang terbentang. Malah, hampir kesemua rutin dalam kehidupan kita memerlukan kita untuk menilai dan memilih. Setiap pagi kita perlu memilih samada hendak bangun untuk menunaikan solat subuh atau terus sahaja lena berulitkan mimpi indah. Selain itu kita juga turut terpaksa memilih jenis lauk pauk yang ingin kita masak, terutama sekiranya kita merupakan seorang isteri dan ibu. Pendek kata kita perlu memilih untuk semua perkara yang hendak kita lakukan. Namun, kadangkala akan datang kepada kita, saat yang begitu sukar untuk kita sebagai manusia membuat pilihan apabila ia melibatkan banyak pihak lebih-lebih lagi mereka yang kita sayangi.

Kutitipkan nukilan ini dengan niat agar sesiapa yang sedang merasa tersepit, mahupun yang sedang buntu untuk memilih agar meluahkan kebuntuan tersebut kepada Allah S.W.T, salah satu caranya adalah dengan mengerjakan solat sunat istikharah. Sebagai seorang pelajar, apabila Allah S.W.T mengujiku dengan menarik semula nikmat tidurku, aku sudah terasa resah dan buntu. Apatah lagi anda di luar sana yang berjawatan tinggi dan mungkin merupakan orang-orang penting dalam sebuah organisasi, sudah pasti anda semua terpaksa membuat keputusan yang lebih besar daripadaku.Malah, kemungkinan besar keputusan itu bakal mengubah nasib hidup seseorang. Allah S.W.T pasti akan membantu kita dengan jalan-jalan yang tidak pernah terfikir oleh kita sekiranya kita rajin berdoa kepadaNYA. Hanya Dia Yang Maha Pengatur, dan Dialah Yang Mengetahui.



sumber : iluvislam.com

Monday 16 May 2011

Halusnya cara Allah...

Masya-Allah, Astaghfirullah.




Aku seolah-oleh baru tersedar dari mimpi. Mindaku seolah-olah baru bangun dari kelalaian yang lama. Aku sangat-sangat bersyukur kerana Dia masih menginginkan aku untuk berubah menjadi lebih baik. Menginginkan aku kembali merujuk kepada-Nya dalam melayari kehidupan ini.

Kedatangan rakanku bersama rakannya yang tidak aku kenali, benar-benar memberi hidayah kepadaku. Sememangnya rakan perempuanku itu telah memberitahu untuk datang ke rumahku pada hari itu. Setelah mendapat izin suamiku, aku pun menerima kedatangannya. Namun tidak disangka dia membawa seorang lagi kawan perempuannya yang tidak pernah aku kenal sebelum ini. Aku tidak tahu bagaimana hendak menolak kehadiran tetamu baruku itu kerana aku belum meminta izin suamiku. Inginku menelefon atau menghantar sms pada masa itu di hadapan tetamu, terasa tidak sesuai. Apa yang perlu aku lakukan? Hati aku berdolak-dalik. Sekiranya aku menjemput dia masuk, berdosa kah aku kerana tidak meminta izin suamiku dahulu? Kalau aku tidak menerima kehadirannya, apa pula perasaannya? Bagaimana kendak ku terangkan kepada tetamuku? Bukan aku tak sudi tetapi, aku tersepit antara adat dan tuntutan. Masya-Allah, sesungguhnya tuntutan adat sememangnya selalu bercanggah dengan tuntutan agama.

Otakku ligat membuat keputusan, yang akhirnya aku terpaksa membenarkan tetamu-tetamu ku masuk. Di dalam hatiku, hanya Allah yang tahu betapa rasa bersalahnya aku kerana mengizinkan orang lain masuk ke rumah tanpa izin suamiku. Pada masa itu juga aku telah bertekad untuk memohon maaf kepada suamiku bila pulang dari kerja. Semoga suamiku faham situasiku pada masa itu. Amin.

Ternyata, kedatangan kawanku bersama rakannya, ada hikmahnya dan memberi hidayah kepada aku. Selama ini aku sememangnya telah bertekad untuk berhenti mengumpat atau berkata tentang orang lain sama ada orang itu aku kenal atau pun tidak. Namun, bertahun telah berlalu, semakin aku usaha, semakin banyak pulak dugaan yang menggalakkan aku terus mengumpat tanpa tahu cara untuk mengelaknya. Tambahan pula jiran-jiranku terdiri daripada wanita-wanita yang sama sikapnya, iaitu mengumpat.

Ya Allah, setiap kali aku bersembang dengan jiranku, mengumpat itu mesti ada. Fitnah, entahlah. Aku pun tidak tahu. Aku yang tidak tahu apa-apa cerita tentang orang di sekitar aku kerana aku sememangnya tidak mempunyai ramai kawan, akan menjadi tahu hanya dengan bersembang bersama jiran-jiranku. Sama ada ceritanya benar atau tidak hanya Allah yang tahu. Setiap kali aku masuk ke rumah setelah habis bersembang, aku akan rasa bersalah sendiri. Aku memohon ampun kepada-Nya kerana mengumpat, namun ia berulang kembali. Aku belum mempunyai kekuatan untuk berubah. Aku sering mengingatkan diriku dengan sering membaca buku-buku azab Allah kepada sesiapa yang mengumpat supaya aku boleh berubah. Tetapi, itulah tipu daya syaitan laknatullah. Semakin kita berusaha untuk berubah, semakin kuat hasutannya.

Dengan izin Allah, Dia mendatangkan aku seorang tetamu yang tidak ku kenal, menceritakan masalahnya yang telah di burukkan oleh orang yang dia kenal dan baik hubungannya dimana orang tersebut juga merupakan salah seorang jiranku. Semakin dia bercerita, semakin banyak keburukan orang tersebut terbongkar. Tiba-tiba aku tersedar.

Maha Suci-Mu Ya Allah, kalau kita selalu menceritakan keburukan orang, Allah pasti akan membuka aib kita. Aku yang pada asalnya hanya kenal sedikit tentang insan itu, menjadi semakin kenal dengan sikap buruknya hanya dengan melalui cerita orang lain. Terbukti Allah telah membuka aibnya kerana sikapnya yang suka menceritakan keburukan orang lain.

Ia memberikan aku kesedaran dan keinsafan. Aku tidak mahu aibku di buka oleh Allah SWT. Aku benar-benar insaf. Pada masa itu juga aku bertekad untuk tidak mengumpat lagi. Azamku semakin kuat untuk berubah walaupun aku tahu cabarannya banyak. Sebagai langkah permulaan, aku menguatkan hati dengan berkata kepada kawan dan tetamu baruku itu agar semua ceritanya itu cukuplah sampai di sini sahaja kerana aku tidak mahu keaiban kita pula di buka oleh Allah.

Alhamdulillah, tetamu-tetamuku bersetuju. Begitulah halusnya cara Allah, dan aku bersyukur kerana aku diberi petunjuk, hidayah dan kekuatan untuk aku terus berubah. Sekarang ini, sekiranya aku bersembang, aku membuat keputusan agar otakku mendengar juga apa yang dituturkan oleh mulutku agar otakku boleh tapis dan menghalang agar aku tidak mengumpat lagi. Aku juga seboleh daya cuba mengelak dari banyak bercakap dan mengurangkan aktiviti suka bersembang bersama jiran-jiranku.

Semoga usahaku akan berjaya kerana aku tidak mahu di hidangkan dengan daging manusia di akhirat nanti. Insya-Allah.




-Artikel iluvislam.com


p/s : semoga kt semua dpt mngmbil iktibar drpd artikel ini, dgn mnjauhkn diri kt drpd lubang2 atau jalan2 yg mmbawa kt kearah mngumpat. amin....ya Allah, peliharalah kani dr azabMu....amin..

tersedar dr lamunan~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM….
Astaghfirullah hal azim…..astagfirullahal azim…astaghfirullahal azim…
Ya Allah, hari ni, hatiku sdih dan hiba sgt.
Apakah ssuatu telah brlaku??
Atau yg mungkin akan brlaku??
Stiap kali aku mndengar namaMu dlafazkn..
Hatiku trlalu hiba dan sebak..
Begitu byk dosa2ku padaMu ya Allah…
Hati aku semakin gelap dan malap..
Dmanakah ya Allah cahaya dariMu yg mnerangi hatiku ini??
Apakah aku trlalu leka dgn dunia…?
Hinggakan aku lupa padaMu??
Atau adakah kerana
Telah lama aku tidak bertemuMu dspertiga malamMu..??
Ya Allah….
Jgn lah Kau memalingkn wajahMu dariku ya Allah…
Bantulah aku ya Allah..
Dalam mgharungi arus duniaMu ini…
Jauhilah aku drpd maksiat…..
Amin….

Wednesday 30 March 2011

Nukilan Hati Seorang Sahabat ~Sinergi Cinta~ Bhgn 1




Heningnya malam, tidak sedikitpun bisa mengubah perasaan tiap-tiap manusia yang berada di sampingku. Mak, abah, along, angah, adik…..abang tercinta..,serta semua saudara terdekat, kini berada di sampingku. Ada majlis apakah waktu-waktu begini? Aku terdengar tangisan, entah dari mana datangnya. Pandanganku terasa kabur, samar-samar…

Aku merasakan sakit yang teramat sangat. Terngiang-ngiang kisah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Di saat ajal menjelma, bukan kesakitan diri yang dirasakan, tetapi penderitaan ummatnya. Kalimah ‘ummati..ummati’ keluar dari mulut baginda. Bagaimana pula dengan aku? Di saat ini Ya Allah, sakitku rasakan. Beginikah rasanya mati? Di saat ini juga,,tubuhku terasa sangat sejuk, kakiku menggigil. Namun, tangan kecilku merasa suatu kehangatan. Sepasang tangan yang halus, lembut menggenggam tanganku. Tenteram kurasakan. Bibirnya basah membaca kalimat Tuhanku…

“Salamunqaulammirrabbirrahim…..salamunqaulammirrabbirrahim…salamunqaulammirrabbirrahim”. Allah…!!! Tenangnya kurasakan. Tiba-tiba titisan jernih jatuh membasahi tanganku. Bacaan Yasin terhenti seketika. Ada tangisan yang cuba ditahan. Air jernih itu semakin deras. “Abang..maafkan Ana.. Ana bukan isteri yg terbaik buat abang… Ana tak mampu bertahan lagi…”. Hati kecilku berbisik, namun tidak mampu untuk diungkapkan dengan kata-kata. Subhanallah…wal hamdulillah..wa la ilaha illallah, wallahu akbar…

Di saat ini aku turut menangis. Apa yang aku tangiskan..? Adakah kerana aku merasa kesakitan yang amat sangat? Atau kerana aku takutkan ajal yang semakin mendekatiku? Mungkin juga perasaan tidak mahu berpisah dengan suami tercinta dan keluarga yang lain..? Dinginku rasakan. Tiba-tiba pandanganku menjadi kelam…

*****************

Aku berada di sebuah tempat, yang tidak asing lagi bagiku. SMK Abu Bakar As-Siddiq. Saat itu aku terasa sangat lemah. Kepalaku terasa begitu berat sekali. Perjalananku dari surau ke asrama perempuan terasa jauh berbatu. Hati ini bagaikan terluka setelah mendengar gosip panas dari mulut teman-temanku. “Wah… kawan kita, Haneeza.. sekarang ni couple dengan Syukran! Sangat secocok mereka berdua, bagai pinang dibelah dua..!” Itu antara yang kudengar keluar dari mulut Faridah, teman karibku. Banyak lagi berita-berita hangat yang kudengari, sengaja tidak ku endahkan. Usahaku ke surau untuk mencari ketenangan, menemui jalan buntu. Aku tidak merasa tenang, bahkan semakin tertekan. Aku cuba melupakan gosip liar ini.

Kakiku melangkah longlai. Perlahan-lahan, sehingga akhirnya aku melalui sebuah papan kenyataan. Aku cuba untuk meneruskan langkah kakiku. Seandainya aku kuat, pasti segala penyiksaan hati ini akan berakhir! Cuba kupujuk hati ini. Langkah kakiku terhenti seketika. Aku mengundur semula. Bagi melupakan segala keresahan di jiwa, ku paksa diri ini untuk membaca notis-notis yang terpampang pada papan kenyataan. Tiada apa yang menarik, hanya beberapa pengumuman yang lapuk dek terkena hujan dan panas. Ada satu artikel lusuh berwarna merah jambu, warna kegemaranku. ‘Kisah kewafatan Nabi s.a.w.’. Hati ini terasa bosan untuk meneliti bait-bait artikel yang kelihatan tidak menarik dan buruk. Bagiku, artikel perlu kelihatan menarik, baru orang yang melihatnya tertarik. Namun, entah mengapa walau hati tidak merelakan akan tetapi mata liar menuruti tiap baris yang terkandung dalam artikel ini.

((Ya Rasulullah…..Nabi Muhammad s.a.w. , insan teragung, sebaik-baik kejadian, menjadi contoh sepanjang zaman. Paling mulia akhlaknya. Semulia mana baginda di hati kita? Wahai ummat Nabi Muhammad s.a.w. Mari kita ikuti kisah kewafatan Nabi s.a.w. Moga-moga cinta kita padanya akan lahir, akan subur, akan mekar indah dan berbunga cinta. InsyaAllah…

Di saat Nabi Muhammad s.a.w. merasa sakit dan lemah, tiba-tiba dari luar pintu rumah baginda, terdengar suara yang mengucap salam. “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maaf, ayahku sedang sakit,” kata Fatimah yang memalingkan badannya dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahandanya yang sudah membuka mata. Kemudian bertanya kepada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahu, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” Fatimah menjawab dengan penuh sopan. Lalu, baginda menatap puterinya. “Ketahuilah wahai Fatimah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,” Ungkapan Rasulullah itu menikam jiwa Fatimah. Rasulullah meminta tetamu itu dijemput masuk.

Malaikat maut datang menghampiri, lantas baginda menanyakan Jibril, mengapa tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia untuk menyambut kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Wahai Jibril, jelaskan padaku, apakah yang menjadi hak bagi diriku di hadapan Allah kelak?” “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuat Rasulullah merasa lega, bahkan mata baginda penuh kebimbangan.“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”, tanya Jibril lagi. Lantas baginda bertanya lagi, “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuawatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik getir semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugasnya. Perlahan-lahan ruh baginda ditarik. Kelihatan seluruh tubuh Rasulullah s.a.w. bersimbah peluh, urat-urat leher menegang. ”Jibril, sakitnya sakaratul maut ini…” Perlahan Rasulullah mengaduh. Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau memalingkan wajahmu, wahai Jibril?” Tanya Rasulullah kepada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyat maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,.. jangan kepada umatku.”

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dada sudah tidak bergerak lagi. Bibir baginda bergetar seakan membisikkan sesuatu.“Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum (peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu).” Di luar, pintu terdengar tangis bersahutan, para sahabat saling berpelukan. Fatimah menangkup wajahnya dangan tangan, dan Ali r.a. mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii…!!! (Umatku, umatku, umatku…!!!).” Maka berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai baginda sedalam cintanya kepada kita? Betapa cintanya Rasulullah s.a.w. kepada kita. ))

Suasana petang di asrama Abu Bakar as-Siddiq sangat nyaman. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut dedaun yang lebat di pohon rendang. “Aduh…rasa macam nak membuang bahan toksik la…tandas..tandas…”, Haneeza berlari sambil diekori sepasang anak mata milik jejaka bernama Syukran. “Ah, peduli apa…! Aku kan ada Allah… lelaki yang aku cinta Rasulullah….! Muslimat sejati takkan ber‘couple’…!!!” Hati kecilku yang lemah iman, tiba-tiba bersuara. Tegas bunyinya. Namun, hati kecilku ini masih lagi meragui sama ada bisikan halus itu benar-benar kerana Allah atau kerana suatu istilah berduri yang dinamakaan..C.E.M.B.U.R.U… “Aduh, kalau demam boleh diubati, tapi penyakit hati ni tak ada doktornya. Mana nak cari doktor cinta?” Aku mengabaikan sahaja rintihan-rintihan hatiku. Terasa terlalu banyak gangguan syaitan yang bersarang di dalam benak hati ini. “Astaghfirullahal’aziim… Astaghfirullahal’aziim…”.


**bersambung…….


-copied from Mutiara Dakwah-

Thursday 17 March 2011

NASIHAT UNTUKMU MUSLIMAH...



Wahai saudariku muslimah..

Berhati-hatilah dari terlalu banyak berceloteh dan terlalu banyak berbicara,Allah Ta'ala berfirman:

” لا خير في كثير من نجواهم إلا من أمر بصدقة أو معروف أو إصلاح بين الناس ” (النساء: الآية 114).

Ertinya:

"Dan tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka,kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah,atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian diantara manusia ". (An nisa:114)



Dan ketahuilah wahai saudariku,semoga Allah ta'ala merahmatimu dan menunjukimu kepada jalan kebaikan, bahawa disana ada yang senantiasa mengamati dan mencatat perkataanmu.

"عن اليمين وعن الشمال قعيد. ما يلفظ من قولٍ إلا لديه رقيب عتيد ” (ق: الآية 17-18)

Ertinya:

"Seorang duduk disebelah kanan,dan yang lain duduk disebelah kiri.tiada satu ucapanpun yang diucapkan melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir" (Qaaf:17-18).

Maka jadikanlah ucapanmu itu menjadi perkataan yang ringkas, jelas, yang tidak bertele-tele yang dengannya akan memperpanjang pembicaraan.

1) Bacalah Al qur'an karim dan bersemangatlah untuk menjadikan itu sebagai wirid keseharianmu, dan senantiasalah berusaha untuk menghafalkannya sesuai kesanggupanmu agar engkau bisa mendapatkan pahala yang besar dihari kiamat nanti.

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما- عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ” يقال لصاحب القرآن: اقرأ وارتق ورتّل كما كنت ترتّل في الدنيا فإن منزلتك عند آخر آية تقرؤها رواه أبو داود والترمذي

Dari abdullah bin ‘umar radiyallohu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu Alaihi wa aalihi wasallam, beliau bersabda:

dikatakan pada orang yang senang membaca alqur’an: bacalah dengan tartil sebagaimana engkau dulu sewaktu di dunia membacanya dengan tartil, karena sesungguhnya kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.

HR.abu daud dan attirmidzi

2) Tidaklah terpuji jika engkau selalu menyampaikan setiap apa yang engkau dengarkan,karena kebiasaan ini akan menjatuhkan dirimu kedalam kedustaan.

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ” كفى بالمرء كذباً أن يتحدّث بكل ما سمع “

Dari Abu hurairah radiallahu 'anhu,sesungguhnya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Cukuplah seseorang itu dikatakan sebagai pendusta ketika dia menyampaikan setiap apa yang dia dengarkan."

(HR.Muslim dan Abu Dawud)

3) jauhilah dari sikap menyombongkan diri (berhias diri) dengan sesuatu yang tidak ada pada dirimu,dengan tujuan membanggakan diri dihadapan manusia.

عن عائشة – رضي الله عنها- أن امرأة قالت: يا رسول الله، أقول إن زوجي أعطاني ما لم يعطني؟ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” المتشبّع بما لم يُعط كلابس ثوبي زور “.

Dari aisyah radiyallohu ‘anha, ada seorang wanita yang mengatakan:wahai Rasulullah,aku mengatakan bahwa suamiku memberikan sesuatu kepadaku yang sebenarnya tidak diberikannya.berkata Rasulullah Shallallahu Alaihi wa aalihi wasallam,: orang yang merasa memiliki sesuatu yang ia tidak diberi,seperti orang yang memakai dua pakaian kedustaan." (muttafaq alaihi)

4) Sesungguhnya dzikrullah memberikan pengaruh yang kuat didalam kehidupan ruh seorang muslim,kejiwaannya, jasmaninya dan kehidupan masyarakatnya. maka bersemangatlah wahai saudariku muslimah untuk senantiasa berdzikir kepada Allah ta'ala,disetiap waktu dan keadaanmu.Allah ta'ala memuji hamba-hambanya yang mukhlis dalam firman-Nya:

” الذين يذكرون الله قياماً وقعوداً وعلى جنوبهم… ” (آل عمران: الآية 191).

Ertinya:

"(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring…" (Ali imran:191).

5) Jika engkau hendak berbicara,maka jauhilah sifat merasa kagum dengan diri sendiri, sok fasih dan terlalu memaksakan diri dalam bertutur kata,sebab ini merupakan sifat yang sangat dibenci Rasulullah Shallallahu Alaihi wa aalihi wasallam,dimana Beliau bersabda:

” وإن أبغضكم إليّ وأبعدكم مني مجلساً يوم القيامة الثرثارون والمتشدقون والمتفيهقون “.

"sesungguhnya orang yang paling aku benci diantara kalian dan yang paling jauh majelisnya dariku pada hari kiamat : orang yang berlebihan dalam berbicara, sok fasih dengan ucapannya dan merasa ta'ajjub terhadap ucapannya."

(HR.Tirmidzi,Ibnu Hibban dan yang lainnya dari hadits Abu Tsa'labah Al-Khusyani radhiallahu anhu)

6) Jauhilah dari terlalu banyak tertawa,terlalu banyak berbicara dan berceloteh.jadikanlah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa aalihi wasallam, sebagai teladan bagimu,dimana beliau lebih banyak diam dan banyak berfikir.beliau Shallallahu Alaihi wa aalihi wasallam, menjauhkan diri dari terlalu banyak tertawa dan menyibukkan diri dengannya.bahkan jadikanlah setiap apa yang engkau ucapkan itu adalah perkataan yang mengandung kebaikan, dan jika tidak,maka diam itu lebih utama bagimu. Rasulullah Shallallahu Alaihi wa aalihi wasallam, bersabda:

” من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيراً أو ليصمت “.

" Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir,maka hendaknya dia berkata dengan perkataan yang baik,atau hendaknya dia diam."

(muttafaq alaihi dari hadits Abu Hurairah radhiallahu anhu)

Wednesday 16 March 2011

Perempuan lebih ramai masuk NERAKA!!!





Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Keranakamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari).